Friday, February 26, 2016

Inguinal Hernia WMN Kembali Lagi: Part 1

FH sendiri tak pasti nak guna ungkapan kembali /menyerang lagi.. Tapi pendek cerita, inguinal hernia atau bahasa mudahnya angin pasang jadi lagi.. Benjolan sebesar telur burung puyuh tu sgt keras.. Tangisan WMN menggambarkan kesakitan yang dialami.. Hanya doa dan dakap seorang ibu mampu FH hulurkan.. Namun, tangisan WMN makin kuat.. Kehairanan seisi rumah mendengar WMN begitu. Lama sudah rasanya sejak habis berpantang WMN jarang kena angin pasang.. 

Segar lagi diingat ni, WMN yang awalnya dalam lena terganggu dan menangis. Sangkaan FH mungkin kepanasan dek cuaca kini. Tekaan FH meleset sama sekali. Rupanya angin pasang timbul lagi.. Berjam lamanya kami cuba memujuk. Sehinggalah WMN tertidur kepenatan malam itu~

Lena FH terjaga kerana WMN entah bila bangunnya.. Tepukan manja di pipi FH pada jam 3 am itu melegakan hati. Cepat-cepat pampers WMN dibuka. Alhamdulillah surut sudah angin pasang itu.. Senyuman yang dilemparkan turut menunjukkan WMN dah ok.. Alhamdulillah.. 

Harapan FH anak kami sentiasa dalam keadaan yang baik sahaja.. Dijauhkan daripada sebarang penyakit dan membesar sihat seperti insan sebaya dengannya~

p.s: Paed memang minta kami pantau pemakanan & kesihatan WMN. Walau FH ditegur berikan puri yang cair kepada anak.. FH tak kesah.. Sebab FH lebih tahu anak FH bagaimana. Dimarah tidak memberi bubur pun FH tak peduli. WMN makan 5-6 sudu dikata tak kenyang.. FH tak sukat makan anak ye.. Tapi... Ini kan baru fasa memperkenalkan makanan lembut dan halus kepada seorang bayi.. Adalah lebih baik kita timba ilmu.. Gali sedalam-dalamnya dan praktik kannya.. Pendek cerita, demi kebaikan WMN kesayangan semua juga.. Muah! ^_^

Thursday, February 11, 2016

WMN dan Inguinal Hernia~

Sejak minggu pertama kelahiran WMN, kami sekeluarga perasaan gelembung/benjolan di bawah pinggang WMN. Kata ayah, angin pasang.. Alternatif kami dalam tempoh seminggu dua hanyalah tuam. Pesanan orang-orang tua, jaga anak lelaki ni kena teliti masa masih bayi. Perlu dituam setiap kali lepas mandi dan tukar lampinnya~

Setiap kali WMN menangis atau meneran, pasti benjolan sebesar telur burung puyuh itu pasti timbul!!! Surutnya memang lambat!!! Tambah kalau WMN mandi (WMN ni dulu-dulu takut air.. Hihi), pasti menangis.. Sehingga nak pakai baju pun kena peluk dan susukan dulu.. Kasihan menangis lama-lama.. Tambah sehingga hilang suara... Pasti cepat-cepat peluk dan pujuk..

Jadi, dalam tempoh 20 hari usia WMN. FH sudah jumpa beberapa doktor.. Masa tu baru FH tahu jenis-jenis angin pasang. INGUINAL HERNIA. Itu yang WMN alami. Kalau dari sains, inguinal hernia berlaku kerana saluran yang terbuka itu tidak terbentuk cantik semasa dalam perut lagi.. Bila WMN lahir, saluran/ lubang tersebut memang tidak tertutup secara semulajadi sehingga menyebabkan benjolan berlaku.


FH terangkan beberapa penerangan doktor-doktor yang pernah FH jumpa.

  1. Lubang yang terbuka boleh tertutup sendiri apabila abdomen / organ dalaman lain membesar seiring pembesaran bayi. Pada awalnya, doktor bagi tempoh 3 bulan kepada WMN. Setelah itu, barulah masalah ni dirujuk kepada doktor pakar.
  2. Kebiasannya doktor bagi tempoh sehingga umur 2 tahun untuk melihat perubahan / inguinal hernia ni hilang.
  3. Benjolan yang berlaku adalah akibat daripada usus / pundi kencing / bendalir.
  4. Tuam adalah kaedah tradisional kerana kita hanya tahu angin pasang ialah benjolan ANGIN. 
  5. Berurut juga adalah kaedah yang tidak disarankan kerana inguinal hernia melibatkan organ dalaman.

Apakah benjolan pada WMN? 

Benjolan itu ialah usus! Usus yang jatuh ke saluran terbuka tersebut.


Kesan??

Sekiranya usus penyebab inguinal hernia ini, masalah kesihatan lain boleh berlaku. Sebagai contoh, usus yang jatuh ke lubang tersebut beserta dengan najis yang keras akan menyebabkan usus sukar kembali ke kedudukan asal yang boleh memberi kesan pelawasan / perut buncit sebab sukar membuang. Dan banyak lagi.

Apabila WMN dah makan, sistem penghadaman dan tinjaan dah berubah. Maka, beberapa aspek perlu diteliti dan difikir sebaik-baiknya. Sebab ia melibatkan usus dan inguinal hernia. Kesihatan WMN lagi.. 


Temujanji dengan Pead HKL

10 Feb 2016: temujanji WMN dengan paed HKL. Itu pun setelah booked date dari bulan Disember 2015 lagi. Soalan pertama doktor ialah kenapa baru kini bawa WMN jumpa doktor? Penerangan FH memang panjang berjela mengikut kronologi sejak WMN dilahirkan sehinggalah daripada seorang doktor kepada seorang doktor FH ceritakan! Hehe... Idak lerr kita biorkan anak ni.. Tapi, FH dan keluarga mengharapkan keajaiban dan kekuasaan Allah. Doa kami tak pernah putus ye, doktor. Heee

Ok, cukup!

Pendek cerita memang FH cuba terangkan apa yang FH faham tentang inguinal hernia berdasarkan penerangan dan nasihat doktor-doktor sebelum ini. Terangguk-angguk doktor dengar FH terangkan panjang berjela. Lagi pun, FH study dah tau pasal ni dah berbulan lamanya.. Hehehe... Sebenarnya.... Misi utama FH dan keluarga, NO OPERATION!!!


Tapi...

Bila paed terang macam-macam dan kesan (seperti di atas). Soalan cepucemas paed: Kalau operate, nak ke tak nak??? 

Agak terdiam juga FH dan suami.. Sehinggalah kami bersuara dan bersetuju. Akhirnya, tarikh pembedahan juga telah kami pilih. (Masa ni nak nangis dan peluk WMN kuat-kuat.. Huhu)~


Persediaan Sebelum Pembedahan

Paed pun menerangkan beberapa perkara semasa hari pembedahan nanti;

  1. WMN kena berpuasa. Minum susu badan last jam 4 am sebelum masuk wad jam 8 am pada tarikh berkenaan.
  2. Minum air masak jam 7 pagi sahaja.
  3. Kalau bayi menangis sebelum pembedahan, perkara biasa. Bayi lapar masa tu. (Ok, saya faham)
  4. Bius satu badan. Prosedur biasa. (Ya Allah... Kuatkah nk teman WMN ketika itu?)
  5. Luka jahitan sepanjang 1 inci (Panjangnya untuk seorang bayi!!! WMN tu halus dan slim world ok!)
  6. Petang hari pembedahan, WMN boleh balik. Kebiasaannya, begitu... (Baik, faham juga)
  7. Sekiranya WMN tidak sihat pada hari tersebut. Pembedahan memang tidak akan dijalankan.

Naluri

Siapa tak sayang anak kan...??? FH cuma mengharapkan keajaiban.. FH akui inguinal hernia WMN banyak berubah nak banding semasa 1-3 bulan usianya.. Kini, hanya sekali dua sahaja dalam seminggu dua.. Itu pun, sekiranya WMN sangat-sangat moody. 

Nak tunggu tarikh pembedahan, memang masih panjang.. Pejam celik, pejam celik.. Singkat sungguh masa. Nak berdepan hari pembedahan. Luka berjahit.. Proses kering luka... Allah...

Doa kami.. WMN membesar dengan sihat seperti kanak-kanak lain. Moga WMN sentiasa dilindungi Allah Taala dan sentiasa disayangi insan sekelilingnya.. :')

p.s: Sama-sama doakan untuk seluruhnya~

Wednesday, January 06, 2016

Aku Gagak, Bumi

Lama jemari ni tak menari di papan kekunci meluah lahiriah hati.. 2015 pun sudah meninggalkan kita.. Liku-liku kehidupan dan rencah rasa masih tersergam indah dalam memori ini.. Alhamdulillah.. Sebaik-baiknya atas kehidupan yang kita sendiri bina..

2016..

Baru saja bermula.. Kehidupan, kewangan, pekerjaan dan liku-liku kehidupan amatlah jauh lagi nak sampai ke penghujungnya.. Kita sendiri tidak pasti yang terbentang luas yang masih tersingkap rahsia. Cuma sebagai hamba-Nya kita kena yakin, berdoa dan terus berdoa.. 

Cuma pesan diriku.. Aku tahu aku sentiasa tidak sempurna. Tidak bersinar seperti intan permata.. Jauh gah nak banding wanita hebat di luar sana.. Apatah lagi aku sungguh tidak layak dijulang juara.. Akulah enggang.. Bukan pipit.. Dan aku jugalah bumi yang tak mampu mengapai langit yang tinggi itu.. Aku... Masih panas amarah andai minyak dicurah sepuasnya.. 

Yang aku tahu.. Aku hanya ada dia.. Dan aku ada Dia.. Dia yang manja.. Dan Dia Yang Maha Berkuasa. 

p.s: 
Aku tahu aku sentiasa tidak sempurna~

Tuesday, December 08, 2015

Hingga Akhir Hayat

Oh kekasihmu ini akan merasa gembira
Andai dapat bersama untuk selama-lama
Hanya untuk menyayangimu
Hanya untuk bercinta lagi

Andai engkau berduka
Aku yang pertama di sisi
Andai engkau bahagia
Akukan terus berdoa
Semoga suatu masa
Pintu hatimu kan terbuka
Dan kita akan kembali
Bercinta lagi

Aku akan kembali
Walau jalan berliku
Kernaku kekasihmu
Hingga ke akhir hayat

_________________________

p.s: hingga akhir hayat~

Saturday, November 28, 2015

Bedung~

Dh lebih 2 minggu WMN ke sekolah (sek) atau erti kata lain nursery.. Kecil lagi dh kena pergi sek.. Sobsob.. Awal dulu memang sedeh juga.. Berendam air mata di ofis.. Hehe

Alhamdulillah.. Nampak ok je WMN di sana.. Insya Allah.. WMN sentiasa di lindungi Allah.. 

Cerita kali ini.. Kisah bedung.. Kalau di sek, memang WMN akan dibedung kala lenanya.. Alhamdulillah teacher kata ok dan WMN tidur sgt lena.. Jadi, bila di rumah.. WMN perlu dibedung juga.. Tambah sekarang ni dah jadi tabiat suka tenyeh mata, cakar/cubit muka.. Pendek macamana sekali pun kuku tu. Kalau tak dibedung pasti ada saja calarnya!! 

Bila dibedung malam hari, nampak lena dan comel je! Hehehe... Kalau terjaga tengah malam tu.. Memang nyaring juga suara WMN meminta bedung dibuka.. Rimas agaknya.. Nak menggeliat pun susah gamaknya.. Kikiki

Moga WMN menjadi anak yang soleh, membesar dgn sihat.. Sentiasa disayangi oleh insan disekeliling.. :)

p.s: WMN dh minum susu formula/ tepung.. Nisbah 4-5 susu ibu + 1-2 susu formula kala di sek.. Nak membesar bagai johan orang kata~.  ^_^